Generated image

Bazar Ramdhan Jasin dilanda ribut taufan.

sebelum kejadian


selepas kejadian

oh ya! korang ada dengar pasal mende ni tak? bagi yang takpernah macam aku nih mungkin (atau mungkin aku sorang je? heh +_+) rasa terkejut, insaf, menangis mungkin. aku dapat tau ni tak silap semalam kottt. tu pon cikgu yang bagi tau.

wateve it is, kita mesti ambil kejadian ni as peringatan buat kita sebagai umat akhir zaman.
tak perlu nak tuding jari sapa salah.

mungkin ada hikmah atau pengajaran yang Maha Esa nak tunjuk dekat kita as hamba-Nya. mungkin si Dia nak kita lebih memperingati-Nya, lebih mendekatkan diri kita kepada-Nya.

ajal maut di tangan tuhan, kita taktau bila kita nyawa kita akan dicabut sooo kesimpulannya kita haruslah menunaikan, mengutamakan solat dahulu sebelum lima perkara; muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, senang sebelum susah(sibuk) akhir sekali yang penting hidup sebelum mati.

sabda Rasulullah S.A.W ; "rebutlah peluang5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, iaitu masa muda mu sebelum datangnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum datang saat kematian.

akhir sekali aku nak ucapkan takziah serta sedekahkan al-fatihah kepada arwah;
  • Mahadi Mohamad (pembantu peniaga murtabak), 40, asal Kg. Gong Merang, Terengganu, meninggal di Hospital Jasin.
  • Abdul bin Omar(peniaga cendol), 73, asal Kg. Air Merbau, meninggal di tempat kejadian.
  • Muhammad bin Wahab(pengunjung), 49, asal Kg. Rim, meninggal dunia di Hospital Melaka.
Ketiga-tiga mangsa cedera parah kat kepala kena khemah(20kakix20kaki lebar) yang diterbangkan ribut.







0 komen:

Related Posts with Thumbnails