Generated image

retire

aku da stop blogging.



ceih minah ni, awalawal kemain lagi
bom sana bom sini.
alihalih stop blogging :|


haha nak buat cmne,
tak setia ;p

oke bye.

insiden di tesco kajang.

'teman umi pi tesco" set. aku teros buat pecutan panjat tangga. pintu dikunci. tiktoktiktok.
tadaaaa! siap.

time kat tesco, macam biasa laa cari parking. tengahtengah dok cari parking nampak family pak arab keluar teksi. jeling kejap; "mak ai! banyak gila kidsssss" tapi cute.

pastu masok dalam, tarik keluar troli then lenggang lenggok tolak troli. memang slow habes laaa katakan. then brek mengejut! bertembong la dengan sorang anak pak arab tadi, tengah tolak troli laju tak laju juga la. aku senyum je la. sedekah katakan ;p

then terjumpa lagi, dia dapat drink free gamaknya then tayang kat aku; gaya cam "i got free drink, did you?" pastu sengihsengih kat aku. nak je aku gelak kat situ. tapi batal niat. dosadosa haha.

then terjumpa lagi dengan budak tadi, selamba badak dia je cut line(timbang sayur) pastu sengih kat aku, tapi aku rilek je la sebab da turn aku an. worker tu tetiba cakap "line-up,line-up" sempat lagi kutuk budak tu dalam bahasa melayu "mengada-ngada". aku apa lagi pandang budak tu bagi senyum bermakna kat dia. nah! amek kau.

andddd for the last time jumpa dia time kat bahagian sabun basuh baju kot, aku teros tak pandang dia. karang kena attack balik ngan dia, tak nak aku. dengan sepantas kilat aku jalan, blah dari situ jugak.

agak-agak ape la motif dia buat camtu, maybe time tu aku nampak lain kot; aku buat pertama kalinya keluar rumah pakai CELAK. tapi nipis je la.
or maybe aku asyik senyum kat dia?

ini bukan korea. ini malaysia-lah

aku teringin nak pi jepon. korea. pergh best gile! laki dia hensem? yes betol betol betol!



kim hyun joong. aku ni bukan la peminat setia korea. tapi bila mai part kim hyun joong, jadi lain. paham paham je la kan. bila dia senyum, cair~~ grrr! da stop atein!

oke balik kepada tajok dia, aku sekarang dekat kampung, sg. petani. pergh! kat sini panaih dia, tahap tak ingat! sekali matahari tu tembak, gila betol. sehari kalau boleh nak dok dalam bilik air je. biar bagi sejuk siket. nak kata kedah ni pulau haba tak jugak(walaupon nampak tanda tanda nak ke arah tu).

oke la nak pi mandi dulu. panaih!


tiba tiba teringat kat cik gloria pulak ;p

alahai ketupat!

pulas punya pulas siap gak ketupat aku nih. tapi makan masa yang lama gak laaa. tu pon lepas buat


CONTEST KETUPAT

andd syarat yg dibuat kena lah siap kan satu tangkai yang ada bepulohpuloh daun. grrrr! dan semestinya la kalau da nama pon kontes kena la ada hadiah an? nak tau hadiah dia mende? dapat naik basikal pi padang. pergh! dengar cam bangang je an hadiah dia tp kalau budak yang dah kemaruk nak naik basikal macam aku denga menda tu cam gempak je haha.

then da siap siap, cantek je kemas kat site buat ketupat tu tanya la kat kak chik,

aku; kak chik! basikal ada angin dak?

dengan selamba badak je dia jawab TAK DAK!

bengkek punya bengkek saba je la. ye la 'budak puasa' an kena la saba. kalau tak pahala kurang haha.


hah! ni dia ketupat yang aku dok buat. gempak tak gempak hampa tengok. aku baru belajaq buat je. best!

menyambut lebaran di hospital

ooooo balik kampong! ooooo balik kampung! hati girang~~!

yeah! raya dah nak dekat naseb baju da beli. kalau tak kena p carik kat cerok kedai la pulak. eh jemputjemput la mai kg aku kat sg petani noh. biaq kasi meriah siket. naknak kalau ada mercun. pergh! mesti best gila ah. komfom!

haaa! cakap pasai mercun ni aku tibatiba ingat kesah lama doludolu. time kecik kalau tak dapat main mercun bola ka mercun gasing ka dapat mercun pop pop pon jadi la. tp aku musykil la. tak silap aku dulu bunyik mercun pop pop tu alahai slow gila. tapi time aku belasah mercun tu ari tu, nah! sekali bunyik dia kuat boleh tahan la tapi tak kalah mercon bola of course la kan.

by the 'jalan', aku rasa sekarang malaysia ni dah macam palestin da kottt. simpang malaikat 44. sekejapsekajap bom! sat sat kebabom! sampai kadangkadang mau melatah gak membe membe aku hahaha. kat sekolah jangan kata la siap ada pengedar mercun lagi. hampa jangan tak tau ada sorang membe aku ni siap ada 'brosyer' mercun lagi. pilih la mana nak. haaa! da macam juai kuih lagi.

oh ya! kalau hampa pi jenguk kat pasar raya sah punya la rata rata ada 50% discount 10% discount semua jenis discount ada. tapi yang aku pelik baju raya rhega sampai bepuloh puloh. adek aku punya baju dekat 105 hinggit tu pon lepas tawaq.

oke. stop cerita. aku nak wish semua readers and bloggers SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. aku nak mintak maaf kat semua yang membaca harap maaf kalau kalau ada yang terasa dengan aku punya post. oke?

love the way you wish

sometimes I talk to my self

  • "I wish nobody know me"
  • "I wish I can do this, do that"
  • "I wish I have this power blablabla"
  • "I wish I'm twenty so I can go anywhere"

but what I can do is just keep wish-ing, wish-ing and wish-ing.

abracadabra! I heart that word coz it's like magic word. but nothing happen when I said that. so I hate that word.

superman, batman, spiderman, catwoman and blablabla. wow! super team! i lovelovelove them. but it's just a myth. so I hate them too.

korea, paris, oz, new york, japan and this and that! wohho! I wanna go there veryveryvery much! but I've no money. daaaaaaa! so I just let it be a dreams. but. I will make it comes true by study hard, focus, and be what I want to be.

p/s: english gua ke laut arh! oke nak pegi mandi. dada

percintaan Tan Hong Ming


*percintaan Tan Hong Min*

penah tengok iklan ni tak? ingat lagi tak iklan nih?
kalau tak ada dua kemungkinan. sama ada dia terhantuk kepala di mana mana tiang elektrik atau dia dari mana mana planet selain bumi.

aku suka iklan ni sebab dia ada mesej tersirat.

tak kira la kulit hang warna apa sekali pun aku suka hang.
tak kira keturunan hang apa aku still minat hang.
dan tak kira la hang agama apa pon aku selesa dengan hang.

lebey kurang camtu la mesej yang dia nak sampaikan.

"I don't want the whole world know" *part ni lawak doe*
"who's your boyfriend?" host. "Tan Hong Ming" *part yang tak boleh bla sekali*

****************

memandangkan sekarang nih kita dalam bulan KEMERDEKAAN aku nak la post sikit sempena bulan ni. oh ya! kalau korang perasan tahun ni macam tak heboh sangat kan pasal kemerdekaan? ke aku sorang je yang rasa camtu? heh. mungkin salah satu sebab nya adalah, KEMERDEKAAN share hari ulang tahun dengan RAMADHAN kottt.

makmak serta bapakbapak semua dok sibok beli apa apa yang patot, siapkan kerjakerja yang menggunung kat opis sana sebelum tiba HARI RAYA jadi tak boleh nak salahkan dorang kalau
dorang tak sempat prepare untuk MERDEKA. jadi kita yang masih budak mentah ni kena la ambik alih peranan dorang sebab tu tanggungjawab kita juga.

"NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

proud to be MALAYSIAN

kitab al-quran dibakar dipijak!


astaghfirullah.
adakah si Polan bin Polan ini terputus salah satu wayar di kepalanya?
atau dia takmakan obat lagi?

kitab al-quran ialah kitab yang palingggggggg mulia antara semua kitabkitab yang ada.
seharusnya al-Quran diletakkan di tempat yang tinggi.
bukan di tempat rendah apatah lagi di kaki bukan?
seharusnya al-Quran disimpan, dijaga, dipegang dengan sebaikbaiknya.
bukan dibakar!

kitab al-Quran bukanlah untuk dibakar! dan dihina! seperti longgokan sampah!
TIDAK SAMA SEKALI!
al-Quran bukanlah untuk dipijak! seperti daundaun kering di tanah!
BUKAN!
dan al-Quran bukanlah untuk dimainkan! seperti mainan kanakkanak!

***********************




astaghfirullah! apakah ini?

apa yang aku nak sampaikan ni bukanlah nak ajar hampa semua buat bendabenda ni. tak!
aku nak tunjuk yang kita sebagai umat islam kena jaga, kena pelihara kesucian al-quran dan azan daripada dipermainkan oleh manusia yang begini.
bukannya hina orang tu, bukannya tuding jari sapa salah. bukan!

tiada ungkapan dalam islam "hutang hina dibalas hina".
orang yang takdapat hidayah lagi tu hina kita, kita hina depa balik.
tu cara yang salah. cara tu membuatkan kita(umat islam) nampak macam takdak adab, takdak budi bahasa.

aku harap orangorang yang melakukan kerjakerja tak membawa faedah apaapa ni sempat bertaubat.

******************

ampun dan maaf jika ada manamana pihak yang terasa dengan entry yang aku post ni.
and very very sorry sebab entry ni aku TERemosianal siket. sekali lagi aku harap. sangatsangat. lepas entry ni dipostkan, kita sebagai umat islam sedar dengan apa yang berlaku disekeliling pada zaman ni.


ROYAL MECCA CLOCK TOWER HOTEL

*view dari satelit*

apa yang korang nampak kat gamba tu itulah MAKKAH.
subhanallah rite? begitu BESARnya kekuasaan Allah S.W.T.
sampaikan dari satelit sahaja pon still boleh nampak dengan terang.

okeoke. actually tu opening je.
apa yang aku nak share dengan hampa semua is.......


oh ya! ni bukan bigben ke ben10 ke. ni ialah ROYAL MECCA CLOCK TOWER HOTEL.
and kalau hampa semua nak tau bangunan ini adalah bangunan kedua tertinggi di dunia.


aku rasa bangga. sangatsangat. sebab kat jam besar tu kalau korang nak tau, ada terditulis nama ALLAH S.W.T dan sebagainya. dan. itu adalah yang pertama di dunia.


disini aku nak bagitau sikit sebanyak pasal bangunan jam nih;
  • enam kali kagi besar daripada Big Ben London
  • kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa
  • dijangka boleh dilihat sejauh 17km(malam) 11-12km(siang)
  • hotel: 3000 buah bilik termasuk suite. kebanyakannya hadap Masjidil Haram
  • 10 Ogos 2010 (12.00 tengah malam) tarikh bergeraknya atau hidopnya jam besar ni.
  • menjadikan Makkah sebagai rujukan waktu standard berbanding waktu median Greenwich (Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) yang digunakan sejak 126 tahun lalu. Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridan dunia kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia. Waktu Greenwich dikuatkuasakan Barat pada 1884. Jam berkenaan akan mula berdetik pada 12 Ogos dalam minggu pertama Ramadan dan akan menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan)
  • diterangi dua juta cahaya LED
  • dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30km sebagai pemberitahuan lima waktu solat fardhu.

*credits to nursyafika (nursyafikasyuhada.blogspot.com) kongsi pengetahuan dia. thanks!


risiko duduk lama!

milenia muslim

belek punya belek majalah nih, tibatiba nampak satu tajok nih.

'DUDUK TERLALU LAMA BOLEH BAWA PADAH'

memang susah. sangatsangat nak percaya rite? tapi tu lah yang aku baca. nak kata tak betol tak boleh sebab ni bukan komik sin-chan, ranma, naruto ke happa. ni majalah islam. so aku nak kongsi sikit ilmu yang ada buat masa nih.
+++++++++++++++++++++

kajian mendapati, orang yang banyak habeskan masa dia dalam keadaan duduk tak kira la kat pejabat ke, kat sekolah ke kereta ke hadap blog ke besar kemungkinan akan mengalami kegemukan! risiko serangan jantung! mati mengejut!

so bagi studentstudent tu kalau time belaja tu sekali sekala berdiri buang dua tiga minit. kalau cikgu tanya pandaipandai la korang bagi alasan.
oh ya! kalau time exam korang sanggup malu depan membe sebab cikgu mara korang buat la oke?

oke back to the topic,
pengarang jurnal perubatan (the british journal of sports medicine, keluaran januari)
ada bagitau, selepas 4jam kita duduk badan akan hantar isyrat yang kurang menyenangkan. gen yang mengatur jumlah glukos dan lemak dalam badan akan stop kalau seseorang duduk terlalu lama.

satu kajian diterbitkan last year tag along tabiat 17,000 warga kanada(tempoh 12tahun). kajian tu dapat result mereka yang duduk paling lama berhadapan risiko kematian lebih tinggi, walaupon. diulangi walaupon mereka kerap bersenam!

tapi Peter Katzmarzyk dari Pusat Penyelidikan Biomedikal Pennington di Baton Rouge yang mengetuai kajian di Kanada, cakap " bagaimanapun, kita masih tidak mempunyai bukti cukup untuk menyatakan tempoh duduk yang boleh dikatakan membahayakan".

++++++++++++++++++++

oh ya! insyallah kalau majalah ni tak hilang dek sepah kat bilik aku ni aku akan masukkan entri pasal rahsia berlaku kiamat pada angka 7. diulangi INSYA'ALLAH.......


Yovie and Nuno - Dia Milikku(ost cinta kirana)


Semula ku tak tahu
Engkau juga kan ingin memilikinya
Bukankah ku lebih dulu
Bila engkau temanku
Sebaiknya tak mengganggu

[korus1]
Dia untukku
Bukan untukmu
Dia milikku
Bukan milikmu
Pergilah kamu
Jangan kau ganggu
Biarkan aku
Mendekatinya

Kamu
Tak akan mungkin
Mendapatkannya
Karena dia
Berikan aku
Pertanda cinta
Janganlah kamu banyak bermimpi...ohh
Dia Untuk aku

Bukankah belum pasti
Kamu juga kan jadi
Dengan dirinya

Dia yang menentukan
Apa yang kan terjadi
Tak usah mengaturku

[korus2]
Dia untukku
Bukan untukmu
Dia milikku
Bukan milikmu
Lihatlah nanti
Lihatlah saja
Biarkan aku
Mendekatinya

Kamu
Tak akan mungkin
Mendapatkannya
Karena dia
Berikan aku
Pertanda juga
Janganlah kamu banyak bermimpi oohh

Kusarankan engkau mundur saja...ooo

[korus1]
[korus2]
dia untuk aku
bukan, dia untuk aku....

Bazar Ramdhan Jasin dilanda ribut taufan.

sebelum kejadian


selepas kejadian

oh ya! korang ada dengar pasal mende ni tak? bagi yang takpernah macam aku nih mungkin (atau mungkin aku sorang je? heh +_+) rasa terkejut, insaf, menangis mungkin. aku dapat tau ni tak silap semalam kottt. tu pon cikgu yang bagi tau.

wateve it is, kita mesti ambil kejadian ni as peringatan buat kita sebagai umat akhir zaman.
tak perlu nak tuding jari sapa salah.

mungkin ada hikmah atau pengajaran yang Maha Esa nak tunjuk dekat kita as hamba-Nya. mungkin si Dia nak kita lebih memperingati-Nya, lebih mendekatkan diri kita kepada-Nya.

ajal maut di tangan tuhan, kita taktau bila kita nyawa kita akan dicabut sooo kesimpulannya kita haruslah menunaikan, mengutamakan solat dahulu sebelum lima perkara; muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, senang sebelum susah(sibuk) akhir sekali yang penting hidup sebelum mati.

sabda Rasulullah S.A.W ; "rebutlah peluang5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, iaitu masa muda mu sebelum datangnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum datang saat kematian.

akhir sekali aku nak ucapkan takziah serta sedekahkan al-fatihah kepada arwah;
  • Mahadi Mohamad (pembantu peniaga murtabak), 40, asal Kg. Gong Merang, Terengganu, meninggal di Hospital Jasin.
  • Abdul bin Omar(peniaga cendol), 73, asal Kg. Air Merbau, meninggal di tempat kejadian.
  • Muhammad bin Wahab(pengunjung), 49, asal Kg. Rim, meninggal dunia di Hospital Melaka.
Ketiga-tiga mangsa cedera parah kat kepala kena khemah(20kakix20kaki lebar) yang diterbangkan ribut.







smk bandar baru bangi

owh ya! actually tajok entry ni tak de kena mengena sangat dengan entry ni. sikitsikit ade la kottt.


wokeywokey! nak ngadu siket neh. actually banyak la kottt.
ada ke patot 2 minggu berturut-turut. aku tak boleh cuti.
as usual isnin sampaiiiiiiiiii jumaat, sekolah.
tapi. yah! tapi disebabkan nak buat cuti ganti for raya lah aku terpaksa ke sekolah hari sabtu.
then tusyen hari ahad.

dan aku memang suka. suka sangatsangat.
ah! oke ini sememangmemangnya aku tipu. opsss! bulan puasa tak boleh tipu.
aku lupa? boleh aku cakap camtu? haha boleh kan saja.

tapi. yeah! tapi lagi sekali aku agak suka juga laaaaa
sebab aku tak payah buat kedai SPARE TYRE (entah betol entah tidak ejaan nih)

p/s; sori no entry for ramadhan. neway kalau ada time. tepacak la entry tu kat blog nih.

HAPPY RAMADHAN :)

punch me now!

i love our friendship,
but i'm sorry if i'm not appreatiate it as u want.


find me if you're sad,
tell me if you're mad,
share with me if you're happy,
cause it is enough for me to smile.

i miss our momment,
i wish i can 'pusing the jam balik',
but i cant do that,
just the flashback i can role.

you know what?
aku rasa ni balasan aku
lepas apa yang aku buat bertahontahon dulu.

++++++++++++++++++++++
ignore my muka yg hodoh uh, malas nak edit.
sori, entry ni mood aku sedey nak babeng.
tujuan aku boh entry ni
bukan nak hebohkan,
just nak share ngan korang.
harap korang tak buat kesilapan macam aku oke?
jaga friendship korang lek lok.
nanti jadi macam aku,
nangis air mata darah pon,
flashback happines and sadness je laaaaaa

i love this dear

tension kottt harihari pi sekolah.

tp nak buat camna kalau da citacita melambong ke langit, kena gak study hardhard.

Study Hard

tengah ondeway pi sekolah
ada dua girl primary school dok larilari.

tibatiba one of the girl uh lari depan aku,
pastu dia cakap "tumpang lalu kak"

pergh! aku pandang dia, pastu aku senyum.
best gilaaaaa!
budi bahasa budak tu memang top ah! i like!

+++++++++++++++++



tunggu ar kau! nanti aku dapat kau, nangis kau tak tido malam!

ah! sungguh memalukan!

semalam kat tusyen PTNC.
abi; "wey, malu doe kene mara"
atein; "ntah. aku tak malu sangat. tapi kalau kat sekolah aku malu sebab ramai. kat tusyen tak maybe sebab tak ramai kottt."
ika; "kayu je yang tak malu" pastu dia sengih.

aku pandang dia, pikiaq lama siket "ika! kau perli aku" pastu aku sedar sememang memang memangnya aku nih budak yang lambat pick-up. ARRRGGGGHHHH!

oke pendek cerita camni, semalam time tusyen aku ngan abi kena marah(actually lebih kepada tegoq la, tapi satu kelas diam je time kena tegoq uh)sebab tak focus kat cikgu. dua kali kotttttttttttt. first sebab cakap. second sebab main tulistulis.

tapi second time kena tegoq, dalam otak aku dok pikiaq "alaaa tulistulis surat ja, tak ganggu cikgu pon. ah! whatever. janji lepas ni aku mintak maap kat cikgu, kang tak dapat berkat mampos aku".



++++++++++++++++++++++++++
flash back
habes kelas tusyen geo aku ngan abi terhegeh-hegeh(tergedik-gedik) pi kat cikgu, salam "cikgu nak mintak maaf pasal tadi" pastu sengih macam kerang busuk. then cikgu cakap "alaaa saya tak marah pon, saya saje je sebab saya tau kamu malu bila kene marah" . DUSH! that sentence soooo SENGAL you know!

+++++++++++++++++++++++++
lepas abi cakap dia malu, "oke mak aku da sampai. bye." then dia blah, pastu dia patah balik. aikkkk? "salah kereta la HAHA" aku apa lagi gelak arr.

abi; "lepas aku cerita kat mak aku pasal kau salah kereta tu, mak aku gelak".
atein; "kau cerita kat mak kau? segannya aku HAHA"
+++++++++++++++
flash back again
aku darjah enam lagi time nih.
one night tu, lepas abes tusyen aku tengok tempat mak aku selalu tunggu. mak aku da sampai. soooo aku pi la kat kereta mak aku. elok dah port tempat duduk, aku pandang tempat driver. aikkkk? sejak bila mak aku laki? aku pandang kanan dengan depan aku. aikkk? laki jugak? pastu aku congak.

family aku ada empat orang termasok aku. umi, kaklong, aku and lastttt sekali acap. tidakkah korang pelik macam korang tengah jalan di tengah jalan?

"family aku sorang je laki, macam mana boleh jadi tiga orang?"

Grandma and the wrong car

arghhhh! salah kereta! aku apa lagi keluar kereta la jawabnya. elok ja aku keluar kereta, aku tengok kereta mak aku cantik je port kat belakang. tak pandang kiri kanan, teros masok dalam kereta.
++++++++++++++++
sememangnya moment yang paling malu dan BEST! dalam hidop. korang ada kaaa? *cakap style mengEJEK*

chef atein

Click on thumbnail to zoom in.


try korang imagine budak atas nih aku. pergh! mesti cun smart ann! HAHA

penyibok; "ampa merang ka? tibatiba ja jadi chef. cakap nak jadik pilot."
atein; "diam sat boleh dak? dok berangan jadik chef nih."
(speaking kedah jap HAHA)

okeoke back to the topic. tadi aku wat puding cokelate. asalnya plan nak buat kastard jagung. tapi tepung kastard tak da.

Click on thumbnail to zoom in.
soooo bermula lah satu kekecohan di dapur.

"gula nak boh satu sudu ka?" *tak logik habes la kalau satu periuk besaq letak satu sudu. tawaq!
"yang ni nak kena kacau ka? dia cakap lepaih padam api."
"satgi bunyi 'tingg!' baru stop kacau" *time ni buli kaklong, suroh dia kacau jap. berasap kot dok tepi api!

Click on thumbnail to zoom in.
chef konon! tu baru buat puding. bayangkan kalau buat makanan yang grandgrand macam five star hotel tu, pergh! *tak boleh nak bayangkan HAHA

tingggg!
"oke puanpuan, siap sudah puding kita. apalagi serbu lah!"

eh cupcupcup. kayoh pelanpelan. simpan dalam peti sejuk dulu, bagi keras siket. nanti dah keras melantak la hang neh.

tadaaaaa! *clap ur hand beb!*
Photobucket

p/s: abaikan bekas cili di situ oke?

aril af7 datang rumah aku!


smile is a gift from ALLAH for you,
dont waste it with your ego.

p/s: wallaweyh! atein berquoet plak dah!

+++++++++++++++++++++


tadi pi ambil result exam. result menurun kotttt. down betol laaa pagipagi dah tengok mende tak best. cuba la pagipagi tu tibatiba ARIL AF7 terpacak depan umah aku. pergh! mesti aku sengih sampai lekang bieber bibir aku. otak aku pon dal blank semacam jek. DUSH! alasan sematamata HAHA
++++++++++++++++++++++
semalam time tusyen, kat kelas...........

cikgu sej; "malam ni saya balik awal, tp kamu semua balik cam biasa"
atein; *dalam hati, wallaweyh! bole wat crime nih! tp kepala angguk cam budak baik je.

tepat pukul lapan, before dia blah dia bagi kertas jawapan kat luqman.
lama siket tibatiba ika bangun, pastu capai jam dinding. aku pandang je laaaa, pastu sengih.

ika cepat kan jam sampai pukol 8.15! bestbest! boleh blah awal.
skali budak depan pandang. weheee sengih je laaa.

penyibok; "sal weyh?"


sengih je la, sebab budak baik plus budak pandai nampak. agak terkantoi. haha

ika; "tadi jam jatuh" pastu dia gelak. budak laki ejek dia 'anak anjing' sebab cara dia gelak cam
samting wrong je HAHA.

pastu ika cakap kat luqman; "weyh dah lapan suku, balik arrr"

pastu kitorang terus blah, walaupon teragakagak time nak blah tu. SEBAB? takot cikgu NORA nampak. SAPA DIA TU? lebey kurang cam pengetua arrr. tapi ni bini dia.
kalau dia nampak habes kena denda. tu kira oke, kalau dia buang! nangis aku. HAHA.

pastu ika ajak aku masok balik, dia cakap sebab nak betol kan balik jam tuuu. maybe sebab takot nanti dimas(one of staff kt PTNC) syak samting pastu report kat cikgu NORA. naiya ja.

i love u

"kau penah kapel?"
atein; "penah kotttttttt."
"penah la ae"
atein; *dalam hati "xpenah la weyh" tapi kat muka sengih ja.

oke kawankawan hari ini kita akan study mengenai CINTA


kita tak boleh cakap "cinta! pi main jauhjauh boleh dak?!"
tak boleh sebab menda alah ni perasaan semula jadi.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka"

islam sendiri tak larang hang nak bercinta TAPI cara tu, kena betoi.
kita tak boleh cinta sapasapa lebih daripada ALLAH s.w.t serta rasulnya even makbapak kita sendiri! sebab tu satu perbuatan yang bercanggah dengan nas al-Quran.

+++++++++++++++++++++++


"wakkkkkk lunch time ni, dating jom"
sebelom nak kata "oke" tu kaji dulu maksud dating tuuuu.

penyibok; "apa maksod dating haaa?"

maksod dia adalah menghampiri perZINAan sebab antara korang dua ada orang ketiga iaitu syaitan. soooo kalau korang dating, dia petik jari sambil kopek kacang je la sebab senang nak bawak korang pi lembah perzinaan.
dalam islam sendiri melarang keras korang menghapiri lembah tuu.


"renung-renungkan dan selamat beramal" *pinjam sat ustaz!

patung beruang vs daus

kali nih aku nak cita pasai kat tusyen.

masok je kelas tibatiba......... (dari toilet tadi)

ika; "bear aku mne?"
atein; "cuba la cek betoibetoi"
ika; "takde"
atein; "dorang amek kottttttt"

dorang tu mewakili budak lakilaki kelas aku.

ika; "aku nak bear akuuuuu"
atein; "satgi la"
ika; "abi ade kan senang"

pergh! ati aku teros kecik! mana tak nya, asyikasyik abi.
well nak buat camna, nasib badan. HAHAHA
"abi, sori ter'kutuk' kau jap. peace."

make it short, time balik pakcik fotostate kt tusyen aku tu tibatiba dok huloq samting kat budakbudak tusyen nih. semua gelenggeleng. aku pandang je, then aku tengok kat tangan dia. ohhhhhhh bear ika rupanyaaaa.

mai turn aku, pakcik tu huloq.
aku cam nak tak nak amek je. sebab? gila apa! aku mana main bearbear nih! xsmart laaa HAHA.
jangan dorang cakap aku nih minah jiwang sudaaaa.

tapi terPAKSA gak ambil. ika, you owe me!

time tu memang tak cakap
"arigato gozaimas!"
pandang kiri kanan termasok la muka pakcik tuu, harammm. kirim salam je laaa.

lama siket, orang da kurang. nampak naim masok kedai NUR CAHAYA BOOKSTORE (pay me cause i had promote ur kedai, oke?)

dalam ati "nak masok taknak? nak masok taknak?"
lastlast kaki yang gedik ni masok gak.

atein; " sapa ambek bear ika?"
naim; "nabil ambek............... daus ambik"

HAHAHA muka kau cuak la naim! tak reti nak cover langsung! HAHA

atein; "apsal?"
naim; "saje"
atein; *muka kntrol blurr, tangan jangan tanya laaa siap buat gaya cam 'andddd?'
naim; "sukesuke je"

wah! diri lu agak gelaba gua nengok. HAHA
pastu mulut gedik bertanya "daus suka ika ke?" DUSH! ATEIN! STUPID QUES EVER!
nak tarik balik masa tak bole patah balik. i wish boleh!
betoi la orang cakap "terlajak perahu boleh diundoq, terlajak kata buruk padah hang!"

naim; "ntah"
atein; muke kontrol blur lagiiii HAHA
naim; "khamis nanti tanya la dia"
atein; "pesal lak?"
naim; "tanya la dia nanti"

ah! watever la der. gua chow dulu ya. permisi.

+++++++++++++++++++++++++++++++
p/s: kalau atein cakap 'short' ke 'sat' ke 'oke' ke, AWAS! jangan percaya sama sekali kerana apa yang 'beliau' cakap tak sama dengan apa yang dilakukan.

suara aurat wanita?

atein; "hidung tak mancung! pipi tersorong-sorong!"
abi; "ape tu weyh?"
shu; "maksud-nye orang tak suka kita tapi kita dok tehegeh-hegeh(gedik) nak kat dia gak "
atein; "alaaa, contoh camni. kau nak kat 'tokman' tapi dia tak nak pon kat kau".
HAHAHAHA

lama siket, tibatiba ada menda tegoq......

"perempuan ade aurat laaaa."

oke. ape lagi pandang belakang arrr.
arggghhhh! bila masa ada orang kat belakang nih?!
laki pulak dahhh!

anddd, aku paham apa maksof dia.

"shu, terasa ni weyh. jom"
pipi aku sah dah beblusher. oneword. segan!
mane taknya first time kene tego camtu.


tapi bagus ar mamat uh, sebab dia tego.
kalau orang lain, mesti pandang maut ja.

andddd, shu insaf teros kotttt HAHA.

+++++++++++++++++++++++++++


peyibuk; "betol ke 'sora' pompuan aurat weyh?"

atein; "ye la kot, aku pon xsure".

oke. dari apa yang aku survey, ada riwayat mengatakan 'sora' is not aurat actually BUT! the women is the aurat.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ النَّبِيِّ قَال

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

“Dari Abdullah dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Wanita adalah aurat, maka jika ia keluar ia diiringi oleh setan.” (HR. Tirmidzi No 1173 dan dishahihkan oleh Syeikh Albani).

dalam al-Quran pon ALLAH TA'ALA bagi wifey Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam nak talktalk. tapi! (siap ada tapi lagi haaa) jangan cakap lembot sampai lakilaki tergoda sudaaaa. maksodnya lebey kurang cam katak panggil ulaq laaa.

katak; "onnkkkkk! kedekkedek... onkkkkk! kedekkedek.....(abang..... mai meh dinner!)"

ulaq; "pergh! awek cun panggil! sabaq sat sayang, abang datang nih!"

HAHAHA paham dak?

يَانِسَآءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَآءِ إِنِ اتَّقَيْتُنّ

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ

وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفًا
Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Surat Al Ahzab : 32)

sooooo, terang lagi bersuluh yang ladies still boleh kalau nk talktalk ngan lawan jenisnya, BUT!still ada batasan-batasan yang HARUS ditaatinya supaya tak timbul fitnah bagi kaum lakilaki. Wallahu A’lam Bish Showab.

selamat malam



klik sini kalau nk dengaq lagu dia kt utube
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


for sure, korang mesti penah dengar tak kira la sape-sape pon cakap;

"asyik tido je. nanti gemok baru kalot nak pegi keep slim la, jogging la segala bagai"
tak pon
"weyh! bangun! asyikasyik tido je! buat la pe pe yang patot sket! pemalas!"

act dari apa yang aku baca kt one page nih, tak tidur atau lebih tepat nye kurang tidur berisiko terkena penyakit jantung!
for ladies yg tidur;

  • kurang 5jam: 39% berisiko tinggi terkena penyakit nih banding ladies yg tidur lapan jam sehari.
  • kurang 6jam: 18% berisiko tinggi terkena sumbatan arteri.
  • lebih 9jam dan lebih: 37% berisiko tinngi kena sakit jantung.

for guys, aku quite sure sampingan dia sama atau tak.

++++++++++++++++++++++++

style baek punya untuk tido is dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi (cara Rasulullah SAW)

++++++++++++++++++++++++++

Nabi saw berpesan, dilarang tido meniarap terutama guys. kalau korang nk tido pakai kain pelikat cap Gajah Duduk ke ape, better ikat kat hujong kain.

penyibok; "sebab pe weyh?"

owner; "tak nak timbulkan fitnah la kott"

kalau bole tutup la aurat time korang tido tuu.

penyibok;"pasal plak? suka aty aku la nk tido naked ke pakai kapan ke."

owner;"sebab body kau bukan lawa mane pon!" haha

act, laki yg tido niarap, kt bawah dia ada setan/jin betino!(aku bukan la nk takotkan korang ke ape, tp just nk inform sek siap, oke?) plus kalau korang naked atau tak tutup aurat, korang sebenaqnya telah 'halau' Malaikat Rahmat dan 'jempot' makhluk lain.

+++++++++++++++++++++++++++

andddd last but not least.....





for yang dah atau baru je marry,(wish u, selamat pengantin baru) korang wajib bace nih melainkan kalau korang syok'RELA' bini cun melecun macam lisa surihani yg korang baru dapat secara halal tu diSHARE bersama makhluk lain!

first step yg korang perlu amalkan is berDOA. kalau tak baca doa before bersetubuh, setan/jin akan join korang 'jamah' isteri korang. andd berkemungkinan BESARpunya benih yg masok 'blend' dgn benih makhluk tadi.
Photobucket
kalau baby korang ikot attitude 'bapa angkat' dorng tuuuu, oke?

daus.af8-kenapa


ey, aku nak tengok cite ni ah!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++


Lirik Kenapa - Daus af8

Tubuhku menggeletar

Di hati rasa berdebar

Apabila kau muncul menjelma di depan mata

Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu

Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut

Apakah sudah masuk musim cinta?


[Korus]

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur

Menanti esok tiba untuk berjumpa

Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun

Kepingin untuk bersama denganmu

Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu

Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang

Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’

Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa

Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah

Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur

Menanti esok tiba untuk berjumpa

Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun

Kepingin untuk bersama denganmu

Katakan kenapa?

[Ulang Korus]

Kepingin untuk bersama denganmu

Katakan kenapa?

sharing is caring :)

tadi chat ngan enaSYGG;








da lumrah alam 'kanak-kanak' atau lebih afdhal kalau cakap remaja la, mesti nk meniru. itu nk tiru, ini nak tiru kerja seni pon nak meniru! jangan tak tau... ye laaa tengah-tengah exam seni nak-nya pulak sebelum rehat, mula la otak dok melayang pikiq rehat satgi nak makan pa. so start la adegan macam cacing kepanasan. tak reti dok diam, jap pandang kiri, jap pandang kanan, jalan keliling kelas dan segala bagai.

pastu bila dapat result, cikgu disiplin panggil mak bapak sebab anak meniru dalam exam. haaaa! menjawab la hang kat bapak hang yang dok pegang rotan tunggu saat keluar bunyi 'zaaassss!' tak pon 'piap!' *ada ka bunyi rotan camni?


tapi paling susah nak percaya, siap buat perjanjian hitam putih segala bagai lagi.






back kepada point, nak pulak dapat cikgu subjek camni.....






sah-sah la adegan meniru tidak dapat dielakkan kalau keja skola tak siap. haram jadah la kalau aku tak pinjam nota member time tak siap kerja sekolah.


p/s: walaupon 'CCTV' tengah pasang kat atas, orang still tak takut nak tiru.


15 mei 1948 date to remember
for all muslim in this planet. KENAPA? sebab tu laa sejarah hitam bagi penduduk asal bumi PALESTINE, arabians and all muslim iaitu pengisytiharan penubuhan negara haram israel secara RASMI di bumi PALESTINE.
Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitulmaqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat.Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufur adalah perjuangan kita bersama.

rujukan; nukilan jejari azhad


mid year exam!




exam? urgh, jangan cakap laaa. memang frustrated juga la. KENAPA? banyak careless! waaaaaaaa rasa cam nak nangis je.
"cikgu, boleh tak nak amek exam skali lagi?please."

but then......



i'm just FREE! yeah no more books yg membosankan.
no more pen to hold. no more paper to read-think-answer.
*just for now laa. tapi oke ape. kena raikan gak.

and now...



it's summer time!

Related Posts with Thumbnails