Generated image

risiko duduk lama!

milenia muslim

belek punya belek majalah nih, tibatiba nampak satu tajok nih.

'DUDUK TERLALU LAMA BOLEH BAWA PADAH'

memang susah. sangatsangat nak percaya rite? tapi tu lah yang aku baca. nak kata tak betol tak boleh sebab ni bukan komik sin-chan, ranma, naruto ke happa. ni majalah islam. so aku nak kongsi sikit ilmu yang ada buat masa nih.
+++++++++++++++++++++

kajian mendapati, orang yang banyak habeskan masa dia dalam keadaan duduk tak kira la kat pejabat ke, kat sekolah ke kereta ke hadap blog ke besar kemungkinan akan mengalami kegemukan! risiko serangan jantung! mati mengejut!

so bagi studentstudent tu kalau time belaja tu sekali sekala berdiri buang dua tiga minit. kalau cikgu tanya pandaipandai la korang bagi alasan.
oh ya! kalau time exam korang sanggup malu depan membe sebab cikgu mara korang buat la oke?

oke back to the topic,
pengarang jurnal perubatan (the british journal of sports medicine, keluaran januari)
ada bagitau, selepas 4jam kita duduk badan akan hantar isyrat yang kurang menyenangkan. gen yang mengatur jumlah glukos dan lemak dalam badan akan stop kalau seseorang duduk terlalu lama.

satu kajian diterbitkan last year tag along tabiat 17,000 warga kanada(tempoh 12tahun). kajian tu dapat result mereka yang duduk paling lama berhadapan risiko kematian lebih tinggi, walaupon. diulangi walaupon mereka kerap bersenam!

tapi Peter Katzmarzyk dari Pusat Penyelidikan Biomedikal Pennington di Baton Rouge yang mengetuai kajian di Kanada, cakap " bagaimanapun, kita masih tidak mempunyai bukti cukup untuk menyatakan tempoh duduk yang boleh dikatakan membahayakan".

++++++++++++++++++++

oh ya! insyallah kalau majalah ni tak hilang dek sepah kat bilik aku ni aku akan masukkan entri pasal rahsia berlaku kiamat pada angka 7. diulangi INSYA'ALLAH.......


0 komen:

Related Posts with Thumbnails